Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
PAS Kawasan Kota Melaka merakamkan ucapan Selamat Hari Guru 2020 yang bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ kepada semua warga pendidik juga kepada guru-guru Sekolah Rendah Islam (SRI) Ahmadiah serta guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kota Melaka khasnya dan di seluruh negara amnya.
Kebanyakan guru-guru yang bersama PAS ini adalah guru-guru yang sangat cemerlang, yang bertanggunjawab dengan tugasan mendidik dan cemerlang akhlak Saksiyyahnya.
Semoga Allah menerima segala penat jerih anda dalam mendidik anak-anak sebagai amal-amal soleh. Ikhlas kan diri dan sabar dalam mendepani kerenah anak-anak, mudah-mudahan Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
Peranan guru sangat luas lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Covid-19 di era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Semoga rintangan ini dapat dihadapi dan memberi semangat baru, didalam meneruskan kerja-kerja yang sangat mulia disisi Agama ini.
Guru umpama obor yang terang menyala, suluh cahayanya penerang jalan, sepatah kata dijadikan pelajaran, segumpal pesan dijadikan pedoman, ilmu dicurah mengorak alam terkembang.
Akhir kata, Selamat Hari Guru.
Terima kasih cikgu!
Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tulus Daripada : PAS KAWASAN KOTA MELAKA