Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (13 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1007
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 13 Mei.

Menurut laporan itu sebanyak dua kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Laporan itu juga menunjukan terdapat lima kes sembuh baharu iaitu empat dari kategori kes import dan satu di Mukim Balai Panjang. Semuanya di Daerah Melaka Tengah. Ini juga telah menjadikan Mukim Balai Panjang kini berada di dalam zon hijau apabila tiada lagi kes aktif dicatatkan di situ.

Sementara bagi kes kematian baharu pula tiada kes dilaporkan.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 37 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 8 orang
• Jasin : 6 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 19

Kes baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 171 orang
Sedang dirawat : 37 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 19 (sembuh 4)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 4 (2 kes baharu)
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong :1
Jasin : 2
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 13 Mei

Daripada 37 kes baharu, 21 adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia. Daripada jumlah itu juga, 4 adalah daripada kes import, bermakna 33 lagi adalah membabitkan penularan tempatan.

Menurut laporan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 6779 kes dengan kadar kesembuhan 78 peratus bersamaan 5281 kes dan kadar kematian 1.64 peratus atau 111 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam laporan itu juga menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.

“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.” ujar beliau.

KKM dalam laporan yang sama menyeru sekali lagi kepada sekalian rakyat Malaysia agar mematuhi PKPB yang sedang dijalankan ini.

“Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.

“Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.” kata kenyataan itu lagi.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6779
Kes Baharu : 37
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1387
Kes ICU : 16
Kes Sembuh Baharu : 58
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5281
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 111


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)