“Alif Lam Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah:1-2)
Dalam bahasa asal, penggunaan kata “zaalika” yang memberi makna “itu” digunakan, tetapi telah diterjemahkan sebagai “ini”.
Ini menggambarkan bahawa Al-Quran ini boleh jauh dan dekat.
Oleh itu, berusahalah supaya Al-Quran ini sentiasa dekat dengan kita dengan membaca, mentadabbur dan mengamalkan segala ajaran yang terdapat di dalamnya.
Itulah juga syarat untuk menjadikan kita semua sebagai orang-orang yang bertaqwa. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkannya. Ameen
SALAM NUZUL QURAN
USTAZ WAN ZAHIDI WAN ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Melaka