Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (4 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1179
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 4 Mei.

Mengikut laporan tersebut terdapat tiga kes positif baharu di Negeri Melaka semalam. Satu kes di Mukim Jasin, Daerah Jasin dan dua lagi untuk kategori kes import Daerah Melaka Tengah.

Laporan itu juga memaklumkan bahawa terdapat perubahan mukim bagi kes baharu yang dilaporkan berlaku di Mukim Masjid Tanah semalam. Mukim yang sebenar bagi kes itu adalah Mukim Ramuan China Kechil dan bukannya Mukim Masjid Tanah. Ini menjadikannya sebagai kes pertama dicatatkan di mukim tersebut semenjak wabak ini terjadi.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan kali ini kita hanya melaporkan bilangan yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja tanpa meletakkan bilangan kumulatif.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 59 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 4 orang
• Jasin : 12 orang

Kes baharu : 3 orang
Kes sembuh : 144 orang
Sedang dirawat : 59 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 38 (2 kes baharu)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Ramuan China Kechil : 1 (berubah dari Mukim Masjid Tanah semalam)
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput :1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 2
Chohong : 1
Jasin : 7 (1 kes baharu)
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 4 Mei.

Menurut laporan itu, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,353 kes dengan kadar kesembuhan 70.58 peratus bersamaan 4,484 kes dan kadar kematian 1.65 peratus atau 105 kes kematian.

Kes baharu pula mencatat angka di bawah 100 iaitu 55 kes selepas dua hari berturut-turut mencatat kes baharu melebihi 100.

KKM juga melaporkan bahawa 32.2 peratus atau 32 kes daripada 99 kematian berkaitan COVID-19 membabitkan kumpulan umur antara 61 hingga 70 tahun, tertinggi berbanding kumpulan usia lain. Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik

“Ini satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini. Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah di dalam laporan yang sama

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6353
Kes Baharu : 55
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1764
Kes ICU : 28
Kes Sembuh Baharu : 71
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4484
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 105


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)