Home Dewan Ulamak PAS Pusat

DUPP :Selamat Hari Bomba Sedunia

406
SHARE

PERUTUSAN KHAS

Dewan Ulamak PAS Pusat

11 RAMADHAN 1441H  l  4 MEI 2020

SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2020

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada hari ini bagi setiap hari bulan 4 Mei secara tahunan.

Tema sambutan iaitu “Bomba Tonggak Penyelamatan Negara” adalah jelas menggambarkan peranan penting JBPM dalam setiap misi yang dijalankan bagi kesejahteraan agama, masyarakat dan negara. Segala keringat tenaga dan penat lelah kerja berpasukan demi tujuan yang murni merupakan satu sikap dan tindakan yang mulia selaras dengan tuntutan syarak untuk melakukan sesuatu secara berpasukan.

Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِهِۦ صَفࣰّا كَأَنَّهُم بُنۡیَـٰنࣱ مَّرۡصُوصࣱ

Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” – [Surah As-Saf 4]

Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada semua anggota JBPM dalam menjalankan tugasan yang tidak mengenal erti penat lelah walau dalam keadaan ribut melanda. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan sebaik-baik ganjaran kepada pasukan “wira negara” kita ini.

جَزَاكم اللهُ خَيْرًا

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)