KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
10 RAMADHAN 1441H l 3 MEI 2020
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL SAFWAN
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Safwan Muhammad Ismail yang maut ketika sedang menjalankan tugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS apabila dirempuh dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda awal pagi tadi.
2. Insiden nahas itu disyaki ekoran pemandu kenderaan tersebut dalam keadaan mabuk. Situasi begini menjadikan kewajaran tindakan hukuman yang lebih berat kerana melibatkan 2 faktor kesalahan iaitu pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memandu di awal pagi dan juga kesalahan mabuk.
3. DUPP konsisten sejak dahulu ke atas sebarang isu yang melibatkan arak serta minuman yang memabukkan untuk dicegah dengan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi membendung insiden-insiden maut terutamanya seperti yang berlaku pada awal pagi tadi. Malahan dalam tempoh sepanjang PKP ini tidak wajar sebarang kebenaran yang melibatkan operasi arak termasuk jualan kerana ia bukan dikategorikan sebagai keperluan yang mustahak (non essential).
4. DUPP mendoakan allahyarham Koperal Safwan memperoleh ganjaran baik di sisi Allah atas kematiannya di dalam bulan Ramadhan yang sedang menjalankan tugasan sebagai salah seorang barisan hadapan dalam menangani wabak pandemik COVID-19.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ اكْتُبْهُ فِي الْمُحْسِنِينَ، وَاجْعَلْ كِتَابَهُ فِي عِلِّيِّينَ، وَأَخْلِفْ عَلَى عَقِبِهِ فِي الْآخَرِينَ، اللهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ “
Maksudnya :
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.”.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)