Home Berita PAS Melaka

PAS dan UMNO Jasin Perkukuh Muafakat Nasional Melalui Program Bantuan Kepada Rakyat

1197
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : Semangat Muafakat Nasional semakin terserlah di dalam Parlimen Jasin apabila kepimpinan dari PAS dan UMNO bersama dalam satu majlis penyerahan bantuan untuk asnaf di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Jasin, Dato Seri Ahmad Hamzah telah melakukan simbolik penyerahan sumbangan sebanyak 224 kit bantuan asnaf kepada Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Bin Hj Sidek.

Ahmad Hamzah dalam majlis itu berkata beliau meminta wakil dari PAS iaitu semua ketua cawangan PAS Kawasan Jasin agar dapat menyampaikan sumbangan kit ini kepada orang yang layak diterima sempena bulan Ramadan dan yang terkesan dengan bencana vairus Covid-19 ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat bersama-sama menyampai bantuan kepada akar umbi yang memerlukan bantuan ini.

Sementara itu, YDP PAS Kawasan, Kamaruddin Sidek dalam ucapan balasnya melahirkan kesyukuran dan keyakinan terhadap Muafakat Nasional, khususnya wakil dari PAS dan UMNO yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan permasalahan rakyat di Jasin ini yang memerlukan bantuan.

“Keterlibatan secara terus pimpinan PAS dan UMNO dalam program ini jelas membuktikan yang mereka sangat serius memperkukuhkan Muafakat Nasional.

“Program di sini hari ini bukan yang pertama kali dibuat atas semangat Muafakat Nasional Parlimen Jasin. Sebelum ini edaran bencana Covic 19 siri pertama kita telah sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Siri kedua insya-Allah akan diedarkan dalam masa terdekat sempena bulan Ramadan ini dan bantuan Covic 19 juga.” Ujar Kamaruddin.

Kesepaduan Muafakat Nasional yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dan UMNO di Parlimen Jasin ini dilihat sebagai isyarat yang jelas bahawa mereka bersedia bersama-sama dalam PRU 15 pada bila-bila masa.

Turut hadir dalam program sumbangan ahli Parlimen Jasin ini adalah ADUN Rim, YB Datuk Wira Hj Ghazale Bin Muhamad dan ADUN Merlimau, YB Datuk Roslan Bin Datuk Hj Ahmad. Sementara yang turut hadir daripada PAS pula ialah Setiausaha PAS Kawasan Jasin, Cikgu Kamarulzaman Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Ustaz Mohd Norfaizal Bin Nordin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)