Assalamualaikum wrbt dan Salam Sejahtera.
1 Mei adalah tarikh keramat bagi semua lapisan rakyat negara ini. Sama ada yang bekerja di sektor awam atau swasta. Tarikh tersebut adalah simbolik menghargai warga pekerja yang telah mencurah tenaga dan keringat dalam membangunkan negara tercinta. Pendek kata kalau tiada kelompok pekerja tidak mungkin negara mencapai kemajuan seperti hari ini.
Bagi PAS Melaka sekalung tahniah kepada seluruh masyarakat pekerja atau buruh di semua sektor yang membantu kemakmuran negeri dan negara.
Jadikanlah hari ini sebagai kerehatan dan anugerah negara kepada kalian semua untuk terus berbakti. PAS Melaka mendoakan agar kalian berada dalam naungan Allah serta kesihatan berpanjangan.
Sekian.
USTAZ KAMARUDIN SIDEK
PESURUHJAYA PAS MELAKA
1 MEI 2020