Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pekerja Nadi Kelestarian Negara

867
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Pekerja Nadi Kelestarian Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2020 dengan bertemakan ‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’ pada tahun ini.

PAS menyedari suasana sektor-sektor pekerjaan semakin suram atas kekangan kewangan untuk beroperasi akibat kesan kejatuhan ekonomi seluruh dunia.

Pakej PRIHATIN kepada industri dan PKS yang disediakan oleh kerajaan diharapkan dapat dimanfaat sebaiknya bagi membela nasib pekerja yang terjejas.

PAS menyarankan agar rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi tempoh PKP yang masih belum pasti bila akan berakhir.

PAS juga berharap rakyat Malaysia sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada arahan kerajaan dan terus berdoa supaya wabak COVID-19 dipulihkan segera agar kehidupan pekerjaan boleh kembali seperti sedia kala.

Akhir sekali, sambutan hari pekerja kali ini selayaknya diberikan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja menggadai nyawa sepanjang tempoh PKP ini.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 Mei 2020 | 8 Ramadan 1441