Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (24 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

3535
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 24 April.

Mengikut laporan tersebut sebanyak TIGA kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Dua kes berada di kategori ‘luar kawasan’ Daerah Melaka Tengah dan satu kes lagi di Mukim Jasin dalam Daerah Jasin.

Tambah laporan itu lagi, Mukim Jasin tersebut masih mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 19 kes untuk mukim sementara bagi kategori luar kawasan pula kes aktif tertinggi dicatatkan di Melaka Tengah iaitu 40 kes.

Laporan itu juga memaklumkan bahawa Daerah Alor Gajah dan Jasin kekal di dalam ‘zon kuning’, sementara Melaka Tengah pula kekal berada dalam ‘zon merah’.

Sementara itu agensi berita BERNAMA semalam melaporkan bahawa video tular di aplikasi WhatsApp memaparkan pengurusan jenazah seorang pesakit dari Klinik Kesihatan Lubok China, Alor Gajah dekat sini yang kononnya meninggal dunia akibat COVID-19 dan dibawa ke Hospital Melaka semalam adalah palsu.

Menurut Bernama, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Ismail Ali berkata sebaliknya video tersebut adalah paparan prosedur operasi standard yang dijalankan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia bagi jenazah yang disyaki berkaitan COVID-19.

Menurut Dr Ismail lagi video yang tular itu diambil secara rambang oleh individu yang tidak dikenali dan dakwaan mangsa meninggal dunia akibat COVID-19 adalah palsu, lapor Bernama.


Berikut ialah butir laporan terperinci Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 192/83 orang
• Melaka Tengah : 91/54 orang
• Alor Gajah : 29/5 orang
• Jasin : 72/24 orang

Kes baru : 3 orang
Kes sembuh : 105 orang
Sedang dirawat : 83 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/3
Padang Temu : 11/6
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 42/40

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 7
Mukim tidak terjejas = 22

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/2
Jasin : 41/19
Merlimau : 2/1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu semalam laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sehingga jam 4 petang pada 24 April 2020 keseluruhan kes positif ialah 5,691 kes dengan 64.36 peratus telah sembuh bersamaan 3,663 pesakit dan 1.69 peratus atau 96 kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5691
Kes Baharu : 88
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1932
Kes ICU : 41
Kes Sembuh Baharu : 121
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 3663
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 96


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)