RAMADAN: KEHADIRANMU DINANTI, PEMERGIANMU DITANGISI.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”
(Al Baqarah :183)
Berpuasa di dalam bulan Ramadan kepada lelaki dan perempuan adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan.
Dalam fasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda seperti bersedeqah, berzikir, tilawah Al Quran, bertanya khabar kepada ibu ayah yang berada di kampung, menghormati jiran tetangga dan seumpama dengannya.
Oleh itu, rebutlah masa yang ada ini dengan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan perkara yang bermanfaat dan menjadikan diri kita sebagai orang yang bertaqwa di sisi Allah.
Kami barisan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan tahun ini, adalah Ramadan yang paling bermakna buat kita semua.
Juga kita doakan supaya wabak COVID19 ini lenyap dan hilang. Orang yang sakit , Allah sembuhkan. Orang yang kesusahan ,Allah permudahkan urusannya. Amin.
Sekian, terima kasih.
“ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERA”
PUAN FATIMAH BINTI ISMAIL
KETUA MUSLIMAT
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR
SESI 2019/2021