Home Berita PAS Sarawak

Muslimat PAS Bantu Salur Dana Untuk Frontliners

606
SHARE

 

Oleh : Wanee Doni
Kuching, 8 April : Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) telah menyumbang dana untuk pembuatan faceshield dan tudung Personal Protective Equipment (PPE) untuk kegunaan petugas Hospital Umum Sarawak semalam.

Umum mengetahui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah memasuki Fasa 2 bagi menangani wabak Covid 19 ini. Sepanjang tempoh tersebut, para petugas barisan hadapan negara turut berjuang bagi memastikan rakyat adalah bebas daripada jangkitan wabak ini.

Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Petra Jaya telah mengambil inisiatif membantu para petugas barisan hadapan negara khususnya di Sarawak lantaran mendengar keluhan dan kerisauan mereka tentang ketidakcukupan PPE.

DMPNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak luar yang turut sama memberi sumbangan. Sumbangan berjumlah RM5360.00 telah digunakan untuk menghasilkan 1500 faceshield. Peralatan Frontliner serta tudung PPE yang telah diserahkan kepada petugas frontliners melalui Jabatan Amal Petra Jaya dan Kota Samarahan.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati dan mematuhi segala arahan pihak kerajaan sepanjang tempoh PKP ini. Perbanyakkanlah solat dan jadikan doa senjata kita sebagai orang mukmin.