Home Berita PAS Sarawak

PKP : PAS Bantu Warga DHPP Siol Kandis

606
SHARE


Oleh : Wanee Doni

Petra Jaya, 9 April : Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya sentiasa peka dengan permasalahan masyarakatan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Muslimat PAS tampil memberi sumbangan berupa makanan kepada penduduk yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan bagi membantu meringankan beban mereka.

Sumbangan makanan diserahkan sendiri oleh Naib Ketua Muslimat PAS Sarawak, Puan Habsah Bujang kepada lebih 40 orang penerima di Kampung Siol Kandis yang mana sebahgian besar penduduknya bekerja sebagai buruh, berniaga kecilan dan ada yang menerima gaji harian.

“Terima kasih pihak PAS datang beri bantuan makanan, ringan sikit beban kami,” ujar salah seorang penerima sumbangan berikutan terjejas punca pendapatan akibat wabak ini.

Turut hadir dalam program tersebut juga Yang Dipertua PAS Petra Jaya, En Morshidi Hassan dalam sesi penyerahan sumbangan. DMPNS merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia dalam membantu menjayakan urusan penyerahan sumbangan tersebut.

Semoga wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua masyarakat kembali dapat menjalani kehidupan seperti biasa.