Home Berita PAS Wilayah

Khidmat Malaysia PAS WP beri sumbangan PPE kepada IJN

799
SHARE

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

KUALA LUMPUR, khamis – Khidmat Malaysia WP berkesempatan menghulurkan sumbangan kepada Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 April sekitar jam 3 petang di lobi utama institut berkenaan.

Bantuan ini bertujuan menambah bekalan PPE kepada petugas barisan hadapan IJN untuk menghadapi pandemik COVID-19.

Penyerahan dibuat menerusi wakil Khidmat Malaysia WP, Tuan Haji Fauzi Abu Bakar yang juga Bendahari PAS Wilayah Persekutuan serta dua wakil Jabatan Amal Malaysia (JAM).

Sumbangan yang diberikan berbentuk 50 set PPE merangkumi ‘Isolation Gown’, tudung dan juga kasut yang semuanya dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli PAS.

Bantuan berkenaan diterima oleh Ketua Pegawai Operasi IJN, En. Akmal Arief Mohamed Fauzi.

Turut sama hadir mewakili IJN ialah Pengurus Procurement & Materials Management IJN Sdn Bhd, Puan Yang Cik Mohd Ali dan Pengurus Kanan Bahagian Kewangan IJN Sdn. Bhd. , Puan Noormazah Mohamed Taib.