Oleh : Abu Anas
JASIN: Di saat rakyat semakin resah dan gelisah bila akan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, lain pula Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Melaka yang terus istiqamah tanpa jemu membantu barisan hadapan dengan memberi bantuan set kelengkapan pelindung diri (PPE).
Kali ini giliran Hospital Jasin menerima bantuan melibatkan 75 helai ‘Isolation Gown’, 100 keping ‘Face Shield’, Telekung dan Clorox.
Bantuan ini serahkan kepada Timbalan Pengarah Hospital Jasin, Dr Abd Karim Abd Rahman oleh wakil Khidmat Malaysia Melaka Ustaz Norfaizal Nordin semalam.
Turut hadir Dr Aizat Sofian, Dr Yadiy dan Tuan Ashraf mewakili PAPISMA Melaka dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Jasin Puan Shopia Ahmad.
Untuk rekod KHIDMAT Malaysia dan PAPISMA telah menggerakkan inisiatif bantuan PPE ini di seluruh negara sejak 18 Mac yang lalu.
Paling menarik, kelengkapan PPE ini diusahakan sendiri secara gotong-royong khususnya NGO-NGO dan jabatan di bawah Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS).