Home Artikel PAS Perak

Moga Amanah Yang Tergalas Dapat Menterjemahkan Keindahan Islam | DMPK Tambun

298
SHARE

Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas

Dewan Muslimat Pas Kawasan Tambun ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YB Haji Razman Zakaria atas pelantikan sebagai Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil dan YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin atas pelantikan sebagai Exco Agama Islam dan Penerangan serta memangku Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Moga amanah yang tergalas dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada masyarakat khasnya rakyat Negeri Perak. Semoga Allah merahmati Kerajaan Negeri Perak dan dipermudahkan segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sirru ‘Ala Barakatillah

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Yusmaliza Yusof
Ketua Muslimat PAS Kawasan Tambun dan seluruh Saff Kepimpinan DMPK Tambun
7 April 2020 / 13 Syaaban 1441H