Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Tangga Batu Edar Bantuan Penduduk Terjejas Akibat PKP

829
SHARE

Oleh : KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU : PAS Kawasan Tangga Batu mula mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada ahli dan mereka yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad bersama-sama dengan beberapa orang petugas terlibat pagi tadi.

Bantuan diperoleh hasil daripada sumbangan orang ramai yang mana sebelum ini PAS Kawasan telah melancarkan tabung kutipan bantuan bagi membantu ahli dan mereka yang amat memerlukan.

Bantuan ini akan diagihkan secara berperingkat bermula pada hari ini (Rabu) sehingga Jumaat ini. Antara item sumbangan yang diberikan ialah beras, biskut, telur, gula dan beberapa keperluan makanan asas yang lain.