Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Hari Polis ke-213

642
SHARE

Siapa sangka sambutan Hari Polis bagi tahun 2020 disambut dalam suasana genting apabila pasukan keselamatan negara ini perlu berdepan dengan wabak Covid-19 yang menggegarkan seluruh dunia.

Pengorbanan dan komitmen warga Polis Diraja Malaysia dapat dilihat dari usaha gigih mereka ke arah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bukan sedikit risiko yang ditanggung oleh barisan hadapan ini dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Menurut laporan berita BERNAMA pada 21 Mac 2020 yang lalu, enam anggota polis telah disahkan positif Covid-19 sementara 335 ahli keluarga mereka masih menunggu keputusan ujian saringan kesihatan. Laporan ini turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Justeru, sempena Hari Polis yang ke-213 ini, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia atas segala pengorbanan dan khidmat yang telah dicurahkan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

Semoga seluruh barisan hadapan negara diberi nusrah (pertolongan) oleh Allah SWT dalam menghadapi fasa kritikal ini. Amin.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

#StayAtHome
#StayHomeStaySafe
#KitaJagaKita
#DoaUntukMalaysia

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN