Home Berita PAS Melaka

6 Bantuan Khas MAIM Berkaitan Covid-16

3668
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran facebook beliau petang tadi memaklumkan tentang 6 Bantuan Khas MAIM Berkaitan Covid-16 seperti berikut:

1) Bantuan makanan bulanan tambahan bernilai RM100 yang melibatkan seramai 8640 orang penerima dari golongan asnaf fakir miskin dan muallaf. Jumlah keseluruhan bantuan ialah RM864,000.00.

2) Bantuan makan kecemasan untuk golongan B40. Nilai bantuan minimum sebanyak RM50 dan maksimum sebanyak RM100. Ini adalah untuk mereka yang bukan asnaf.

3) Bantuan untuk sukarelawan asnaf, fakir miskin dan muallaf. Bantuan berbentuk pembayaran gaji untuk 14 hari kerana tidak dapat bekerja pada bulan Mac ini. Peruntukan ini untuk seramai 289 orang penerima dengan nilai bantuan RM260 setiap seorang. Jumlah peruntukan keseluruhan ialah sebanyak RM75,140.00.

4) Bantuan petugas barisan hadapan Covid-19. Ia adalah untuk pembelian kipas berdiri, pembelian botol hand sanitizer dan vitamin C. Juga untuk bekalan makanan bermasak bagi barisan hadapan di Hospital Melaka dengan peruntukan sebanyak RM10 ribu, untuk hospital Jasin sebanyak RM3500.00 dan untuk hospital Alor Gajah sebanyak RM3500.00. Jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM17 ribu.

5) Bantuan pusat kuarantin Covid-19 (CReAte) bagi pembelian makanan kering serta bekas meletak makanan PUI dengan jumlah keseluruhan RM5000.00.

6) Bantuan bekalan makanan bermasak untuk barisan hadapan PDRM di IPD Melaka tengah, IPD Jasin dan IPD Alor Gajah dengan peruntukan sebanyak RM2000.00 bagi setiap satu IPD. Jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM6000.00.

Selain ini juga ada 3 Inisiatif Pembayaran Awal MAIM iaitu:

1) Bantuan Makanan Bulanan (BMB) April boleh mula diambil bermula 20 Mac 2020. Jumlah keseluruhan peruntukan 7922 x RM200.00 = RM1,584,400.00

2) Bantuan Bulanan Bank (BBB) Mac telah dikreditkan pada 15 Mac 2020. Jumlah keseluruhan peruntukan ialah sebanyak RM833,520.00.

3) Bantuan Tunai Bulanan (BTB) Mac, seramai 653 orang fakir miskin dan muallaf dikreditkan pada 23-27 Mac 2020 dengan peruntukan berjumlah RM108250.00.

Jumlah keseluruhan peruntukan di atas ialah sebanyak. RM3,543,310.00.

Kredit sumber : Facebook Y.A.B Ketua Menteri Melaka Datuk Hj ‘Sulaiman Md Ali