Home Artikel PAS Sarawak

Terima Kasih Jemaah Tabligh Negeri Sarawak

467
SHARE

Dewan Pemuda PAS Sarawak menghargai kerjasama yang diberikan oleh 656 ahli jemaah tabligh yang hadir ke Ijtima Tabligh Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling pada 27 Feb hingga 2 Mac 2020. Kerana telah hadir ke klinik dan Hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan wabak Covid-19.

Mengambil ruang ini, DPPNS merayu kepada rakyat Sarawak agar mematuhi segala arahan Kerajaan Persekutuan, Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini dari terus merebak. Oleh itu, patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan PKP sehingga 31 Mac 2020 dengan mengambil langkah-langkah kebersihan dan pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

Kazman Nordin

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak