Baru-baru ini saya ada mendengar satu audio suara seorang wanita dengan suara yang terketar-ketar menakut-nakutkan orang Melayu agar tidak menyokong desakan membubarkan parlimen kononnya ia merbahaya kepada orang Melayu.
Menurut audio itu kononnya pembubaran parlimen merbahaya kepada orang Melayu kerana:-
1) PH memang mengharapkan Agojng membubarkan parlimen.
2) Anwar dan DAP sudah menyediakan dana yg besar untuk menghadapi PRU itu dan orang Melayu akan mudah dibeli PH.
3) SPR di bawah PH telah menyediakan pengundi hantu dari PATI yang datang dari China, jadi PH akan menang besar.
4) SPR di bawah PH telah mengubah sempadan jadi PH akan menang mudah.
Dari isi kandungan percakapan itu saya dapat rasakan bahawa orang yang bercakap itu sebenarnya adalah orang PH yang sengaja mahu supaya orang Melayu menolak kempen BUBAR PARLIMEN. Cuba dengar kenyataan pemimpin-pemimpin PH, tidak ada seorang pun yang mencadangkan parlimen dibubarkan. Hanya pemimpin Muafakat Nasional sahaja yang mahu dibubarkan.
Sebenarnya kalau Anwar dan DAP ada dana yang besar yang boleh membeli pengundi mengapa mereka tidak gunakan dalam PRK-PRK yang berlaku sebelum ini? Takkan mereka sanggup kalah dan malu dalam PRK semata nak simpan dana itu untuk PRU?
Mungkin juga pengundi hantu warga China yang didakwa itu wujud. Dan pasti PH sudah pun gunakan mereka dalam PRK-PRK yang telah diadakan sebelum ini. Dalam PRK Tanjung Piai yang pengundi Cina 41.6% itu pun tidak boleh membantu menangkan PH. Kalau berlaku PRU dalam masa terdekat daftar pemilih yang juga sama yang akan digunakan. Jadi tidak nampak pengundi-pengundi hantu ini berjaya mengalahkan Muafakat Nasional.
Dalam isu ubah sempadan pula ia hanya boleh dibuat 10 tahun sekali. Pada tahun 2018 BN sudah pun membuat perubahan sempadan. Dalam PRK-PRK yang lepas pun tak timbul isu sempadan berubah. Ubah sempadan kena bentang di parlimen. Bukan boleh dibuat senyap-senyap. Setakat ni belum ada lagi dibentang di parlimen perubahan sempadan pilihanraya.
Sebenarnya BUBAR PARLIMEN adalah solusi terbaik. Kempen menakut-nakutkan orang Melayu terhadap pembubaran parlimen ini sebenarnya dilakukan oleh PH. PH yang sebenarnya sangat takut dengan PRU sebab mereka sedang ditolak oleh rakyat terutama orang-orang Melayu sekarang ini memandangkan mereka banyak kalah PRK yang lepas-lepas..
IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka