Oleh: Aisyah Yamin
Batu Pahat – 18 Feb 2018: Satu himpunan raksasa akan diadakan sekali lagi di Dataran Istiqomah, Parit Salleh Hj Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 23 dan 24 Febuari 2018 ini.
Di bawah uruselia Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pengarah Himpunan Fastaqim 2.5 JDT, beliau berkata penganjur mensasarkan sekurang-kurangya seramai 10 ribu petugas pilihan raya di seluruh negeri Johor dapat dikumpulkan sepanjang program tersebut diadakan nanti.
“Himpunan ini merupakan himpunan kelima selepas PAS Negeri Kedah, Perak, Pahang dan Selangor berjaya menghimpunkan petugas jentera pilihanraya di negeri masing-masing”.
Turut diseru, kepada seluruh anak muda khususnya untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Parit Haji Salleh Ros di Parit Raja pada 24 Febuari ini sebagai kayu ukur dan penanda aras terhadap komitmen anak muda untuk terus mempertahankan PAS di JDT.
Selain itu, antara aktiviti yang bakal diadakan di tapak yang menempatkan lebih 50 buah gerai di sana ialah ceramah Ustaz Zamri Mantop, konsert Shoutul Amal, pameran kenderaan 4×4, konvoi ARC, persembahan seni silat, pelancaran jentera pilihan raya, pertandingan memanah, sembang santai Pemuda dan Muslimat serta acara kemuncak iaitu ceramah Himpunan Fastaqim JDT.
Turut dinantikan, kehadiran Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, dan setiausaha Politik Presiden PAS, Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar.
Masyarakat juga diseru agar dapat menyemarakkan media maya dengan hashtag #fastaqimJDT dan #Fastaqim2.5 dan menyebar luaskan himpunan ini dari masa ke semasa