Takziah Atas Kehilangan Ayahanda Tersayang
Salam Takziah dari DMPM buat saudari Adieyla yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Penyelidikan, Pembangunan & Arkib DMPM yang telah kehilangan ayahanda tersayang pada petang 19 November 2019.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عنه
Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan ketua keluarga saudari Adieyla dan mendoakan agar roh Allahyarham tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah swt.
Semoga Adieyla dan sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Allah terus menguji buat insan yang terpilih. Teruskan perjuangan dan kehidupan mendatang dengan kuat!
Salam Takziah,
انا لله وانا إليه راجعون
Al fatihah.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
22 Rabiul Awal 1441
19 November 2019