Home Berita PAS Johor

ketua Muslimat Johor buat laporan Polis

2331
SHARE

ketua Muslimat Johor buat laporan Polis

Fatimah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor atau lebih mesra dipanggil MakTim telah membuat satu laporan polis susulan tersebar satu posting Facebook dari Muhammad Yahaya yang memaparkan gambar beliau bersama suami, Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPN Johor, Siti Fatimah Awang dengan status berunsur penghinaan dan menjatuhkan kreadibilitinya.

Gambar yang diambil sendiri oleh lelaki berkenaan yang menyamar dari UMNO selangor itu diambil ketika malam pengumuman Calon Muafakat Nasional di Bangunan Umno Pontian.

Tiga laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Pontian dengan dua daripadanya dari Abdul Rahim dan Siti Fatimah Awang.

Fatimah Ismail berkata lagi, tujuan laporan dibuat adalah sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak berbohong dan tidak sewenang-wenangnya menghina orang lain.