Home Artikel PAS Sabah

Ziarah Mahabbah PAS Kota Belud ke Kampung Sarang dan Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran

35 views
SHARE

Oleh: Che Mizi
5 November 2019

KOTA BELUD: Saf pimpinan PAS Kawasan Kota Belud yang diketuai oleh Yang DiPertua, Ust Awang Laiman Hj Ikin selesai berziarah ke Kg Sarang semalam.

Rombongan PAS Kawasan Kota Belud tiba di Kg Sarang pada kira-kira pukul 11.30 pagi dan menunaikan solat fardu jumaat di Masjid Kg Sarang.

Selepas solat jumaat, Saf kepimpinan PAS Kawasan Kota Belud bersembang mengeratkan silatulrahim dengan para jemaah masjid.

Seterusnya saf kepimpinan PAS Kawasan Kota Belud menziarahi tapak kebakaran dan menyantuni para mangsa. Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud, Ust Awang Laiman Hj Ikin sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada para mangsa.

Kemuncak program itu, Ust Awang Laiman menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan barang dapur daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kota Belud kepada para mangsa kebakaran.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kota Belud Adi Mizi, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, Ust Mustakim Aling, Pengerusi MPKK Kg Sarang, dan juga Imam Kg Sarang.