Mewakili Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Dato’ Presiden KUFC dan Pengurusan KUFC di atas kejayaan menjuarai Liga M3 sekaligus layak ke Liga Perdana tahun 2020. Tidak dilupakan kepada para pemain yang telah berusaha dengan penuh kesungguhan dan disiplin ditahap yang terbaik.
Kepada seluruh penyokong KUFC, teruskan sokongan anda kepada pasukan kesayangan kita ini demi melihat kejayaan yang lebih besar di medan baru Liga Perdana.
‘Kita Sahut Kita Lawan’
Cikgu Mohd Ariff Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan- 28/10/2019
Sumber: https://www.facebook.com/mohdariff.abdullah.5/posts/2614291148631902