Home Berita PAS Kelantan

BAJET 2020 : ROYALTI YANG DIROMPAK

726
SHARE

Pembentangan Bajet hari ini diiringi dentuman guruh dan kilat. Petanda dewan juga akan berdentuman. Bermula Isnin ini sehingga akhir November ahli2 Parlimen akan membedah buku bajet dan membahaskannya di parlimen.

Siapa pun boleh bentang bajet? Persoalan paling penting ialah sejauh mana prestasi pelaksanaan bajet tahun lalu? Apakah ianya benar terlaksana dan dimanfaatkan rakyat atau hanya sekadar kelompok tertentu atau kroni? Sudah pasti banyak persoalan.

Bagi rakyat Kelantan sudah pasti ROYALTI menjadi persoalan yang panas bila dibicarakan. Disuruh tarik saman kita setuju, disyaratkan untuk tidak boleh membawa semula ke mahkamah pun kita setuju, namun sampai hari ini bayaran belum dilunaskan.

Kalau wang refund GST 19.4 Billion yang dimasukkan ke akaun consolidated fund tidak ke akaun amanah GST dikatakan dengan istilah “dirompak” menurut LGE menteri kewangan.

Apa kita nak kata kalau wang royalti hasil pengeluaran gas dan petroleum daripada Kelantan yang tiap2 tahun dilunaskan oleh Petronas ke akaun kerajaan pusat, namun 5% royalti kiriman Petronas untuk Kelantan itu tidak sampai ke akaun kerajaan negeri. Apakah kita juga boleh kata wang royalti Kelantan telah dirompak oleh kerajaan PH? Kalau ditanya siapa kepala perompak? Apakah kita juga boleh kata menteri kewangan LGE adalah kepalanya?

Kalau aku yang kata pasti berkesudahan dengan gantung pula. Namun demi hak dan keadilan untuk mu rakyat Kelantan perjuanganku tidak akan mati walau digantung berkali-kali.

Komen awal bajet 2020 sambil tunggu flight delay.

Ustaz Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
11 Oktober 2019.

Sumber: https://www.facebook.com/ybustazmarzuk/posts/760211934417711