KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PERKEMBANGAN SEMASA PESURUHJAYA PAS PERLIS
1. Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri Ramli masih berada dalam keadaan kritikal dan belum ada sebarang perkembangan positif pada tahap kesihatan beliau.
2. Beliau masih diletakkan di bawah pengawasan rapi pihak Hospital Sultanah Bahiyah dan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat beliau.
3. PAS Perlis menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau.
DR. SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis
2 Oktober 2019 | 3 Safar 1441H