Home Artikel PAS Johor

Kenyataan media PAS Johor : PRK Tanjung Piai

2,028 views
SHARE

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR

BILPPM/J.26/52-6203

3 Safar 1441 , 2 Oktober 2019

KENYATAAN MEDIA

TAJUK: PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN TANJUNG PIAI

Berikutan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1hb Oktober 2019, yang telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor (P165) pada 16 hb November 2019, serta penamaan calon pada 2 November 2019, PAS Negeri Johor akan berada bersama blok pembangkang bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, selari dengan kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Jentera pilihan raya PAS Negeri Johor akan memulakan persediaan dan akan mengerakkan seluruh tenaga kerja dan menyusun gerakerja bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut. 

PAS Negeri Johor akan menyokong sepenuhnya dan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon daripada blok pembangkang (kerjasama di antara kesemua parti komponen Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional) dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon daripada Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

USTAZ ABDULLAH BIN HUSIN 

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor