Oleh : Faizah Yusof
KUALA PILAH : Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei bin Mustafa bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan (LKK BPPNNS) santuni warga tahfiz yang mengalami kebakaran di Talang semalam.
Rombongan diketuai Tuan Haji Ishak Omar, Ketua LKK BPPNNS. Pemilik pusat tahfiz, Ustaz Marzuki bin Kidam berkata “seramai
sebelas orang pelajar tahfiz dan dua orang guru terlibat selamat tetapi pusat tahfiz mereka hangus semuanya.
Ustaz Marzuki memaklumkan pusat tahfiz ini dihuni oleh anak yatim dan yatim piatu sahaja secara percuma.
Menurut Ustaz Marzuki lagi, dua daripada sebelas orang pelajar sudah selesai menghafaz Al Quran.
Sehubungan itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (LKK BPPNNS) bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Pilah turut menyampaikan sumbangan kepada pemilik pusat tahfiz, Marzuki bin Kidam.
Turut hadir memberikan sumbangan Ustaz Mohd Nazri Yusof, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan, Masita Ali, NGO Amalnita, Rohayati Md Din Ketua LKK DMPN Negeri Sembilan, Norbibah Mahmood, Ketua LKK DMP Kuala Pilah dan Ustaz Mahmuda Aliman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada :
Marzuki bin Kidam
Maybank 014057350534
Untuk pertanyaan sila hubungi :
En Ishak Hj Omar 012-3494041
Masita Ali 019-2655059
Norfaizah Yusof 019-4086977