Home Artikel PAS Terengganu

Jangan Percaya Akhbar Fitnah.

398
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT) mengutuk tindakan akhbar ‘The Overseas Chinese Daily’ yang cuba menyuburkan budaya fitnah dengan mengubah suai gambar Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi.

2. Tindakan tersebut akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap dua pemimpin parti Melayu terbesar ini yang baharu memeterai Piagam Muafakat Nasional untuk menjadikan Malaysia yang sejahtera.

3. Dengan menyiarkan artikel tersebut, akhbar yang beroperasi di Sabah itu dilihat cuba menyemarakkan budaya fitnah di negara yang berbilang kaum ini sedangkan Piagam Muafakat Nasional ini bukan sekadar kerjasama politik tetapi untuk mengembalikan keadilan dan kestabilan negara yang tergugat setelah Pakatan Harapan(PH) mengambil alih pentadbiran Malaysia.

4. Sepatutnya sebagai sebuah akhbar yang menjadi bahan bacaan rakyat, penulis mestilah memahami dahulu piagam tersebut bukan secara semberono menyiarkannya.

5. DMPNT memandang serius tindakan yang tidak bertanggungjawab ini dan mengajak rakyat Malaysia agar berhati-hati dan tidak mudah mempercayainya akhbar yang menyiarkan berita – berita berunsur fitnah.

6. Justeru itu juga DMPNT menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk mengengkang budaya sebegini daripada membarah.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

To’ Puan Hajah Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT)