Home Berita PAS Johor

Gelombang Roses4U langkah pertama Ameerah Johor dekati bakal pengundi

685
SHARE

Gelombang Roses4U langkah pertama Ameerah Johor dekati bakal pengundi

JOHOR, 30 Julai 2019: Sempena cuti hari pertabalan Yang Dipertuan Agung ke 16, edaran bunga rose diadakan serentak sekitar Johor

Program ini dianjurkan oleh Ameerah Johor dan dilaksanakan oleh Ameerah di peringkat kawasan masing-masing antaranya Batu Pahat, Pasir Gudang, Mersing dan Pagoh.

Turut hadir, Pengarah Ameerah Johor, saudari Nik Nor Nadhirah menyatakan objektif utama program ini adalah melihat kecaknaan bakal pengundi muda berumur 13 hingga 18 tahun yang akan menjadi ‘first voter’ pada Pilihanraya Umum ke-15.

Ujarnya lagi, gelombang ini juga bukan sekadar bunga rose itu semata-mata malah perlu diambil serius oleh anak muda bahkan ibu bapa diluar sana berkenaan daftar pemilih 18 tahun.

Ameerah Johor turut menyeru bakal pengundi muda membuat penilaian yang bijak dan mempersiapkan diri dengan ilmu politik yang benar untuk menghadapi PRU akan datang demi masa depan negara yang cemerlang.