Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Nurul Subhiyah, Mantan AJK DMPN Perlis dan Ketua ‘Alimat Perlis Meninggal Dunia

5,768 views
SHARE

Nurul Subhiyah, Mantan AJK DMPN Perlis dan Ketua ‘Alimat Perlis Meninggal Dunia

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ راجعون

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلها، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُا رَوضَةً مِن رِيَاضِ الجَنَّةِ، وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهَا حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

Seindah namanya, Nurul Subhiyah Abdul Wahab yang bermaksud “Cahaya Subuh”, dijemput pulang menghadap Ilahi ketika baru masuk waktu Subuh, iaitu seawal jam 6.08 pagi di rumah kakaknya.

Al-marhumah dikhabarkan baru sahaja selesai berpantang anak ke-6 dan menderita barah payudara. Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Perlis dan Ketua Alimat Perlis.

Ustazah mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa DMP Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadi saksi kebaikan, kesungguhan dan pengorbanan Al-marhumah semasa hidup.

Semoga seluruh ahli keluarga terutama suami dan anak-anak dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini.

Setiap yang hidup pasti akan mati, hari kita juga mungkin akan tiba. Maka persiapkanlah dengan amal sebanyaknya sebagai bekalan kita bertemu Allah SWT nanti.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Ogos 2019 bersamaan 29 Zulkaedah 1440