Oleh: Najah Izzati
KANGAR: DUN Indera Kayangan membuka tirai program Ziarah Semarak Ramadhan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar bagi tahun ini.
Program yang diadakan setiap kali tibanya Ramadhan ini bertujuan menyantuni golongan MOSWAY (golongan miskin, OKU, sakit, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim) di samping menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Program disertai oleh Pengarah MTD Indera Kayangan, Wan Hassan Wan Ismail serta AJK DMPK Kangar.
Sepanjang program tersebut, beberapa buah keluarga yang tergolong dalam golongan MOSWAY telah diziarahi dan sumbangan berupa barangan asasi telah disampaikan.
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa terharu kerana DMPKK prihatin terhadap kesusahan hidup mereka serta mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.
Selepas DUN Indera Kayangan, program ini bakal dilaksanakan di DUN-DUN yang lain dalam Parlimen Kangar.