Home Kenyataan Media PAS Selangor

15 MEI : MEMPERINGATI 71 TAHUN NAKBAH PALESTIN

65 views
SHARE

Tarikh 15 Mei merupakan detik hitam buat rakyat Palestin khususnya dan seluruh umat Islam di dunia umumnya apabila terbentuknya negara haram Israel di Palestin pada 14 Mei 1948.

Detik hitam ini menyaksikan pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel, menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.

Ia berikutan hasil undian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 yang mendapat undian majoriti untuk menerima pelan pembahagian negara Palestin kepada penempatan arab Palestin dan Yahudi. Sekaligus mengiktiraf penubuhan negara Israel dengan pencerobohan ke atas tanah di Palestin.

Cadangan pembahagian negara Palestin kepada dua telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Peel pada tahun 1936 dan telah mendapat tentangan menerusi bantahan besar-besaran Arab pada 1936-1939. Cadangan ini berikutan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin menerusi Pengisytiharan Balfour pada 2 November 1917.

Peristiwa hitam ini memperlihatkan bagaimana kejayaan Yahudi Zionist dalam membentuk sebuah negara di Palestin sejak sekian lama dapat dijayakan dengan dua faktor :

1. Ketiada kuasa politik Islam yang tertinggi iaitu Khilafah Islamiah yang menjaga maslahat ummah.
2. Kesatuan negara-negara Barat terutamanya dalam menerima lobi terhadap pelan pembentukan negara Yahudi Zionist.

Justeru, Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh umat Islam memperingati detik hitam ini kerana ia bukan isu warga Arab Palestin, bukan juga isu negara-negara Arab tetapi ia merupakan isu umat Islam sejagat dalam berhadapan dengan percaturan dari Yahudi Zionist.

Jadikan detik hitam ini sebagai pengajaran untuk umat Islam menginsafi kelemahan yang sedia ada dan kembali bangkit menyatukan ummah bagi melaksanakan gerak kerja menegakkan sebuah negara Islam seterusnya Khilafah Islam.

BANGKIT; PEMUDA PERINTIS KEBANGKITAN UMMAH

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Tarikh : 9 Ramadhan 1440 / 14 Mei 2019

#Bangkit
#IslamMemimpin
#PhKerajaanSepenggal
#Nakhbah
#SavePalestin

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en