Home Berita PAS Kelantan

Pilihan raya PBT agenda pecah masyarakat

1071
SHARE

KOTA BHARU: Pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dianggap mempunyai agenda untuk memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Katanya prosedur pelantikan Ahli Majlis PBT yang menjadi amalan sekarang sudah sempurna dengan memastikan komposisi serta kebajikan rakyat pelbagai kaum terbela.

“Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai malah tiada cacat kaedah pentadbiran yang dilakukan sekarang.

“Kita nampak agenda itu menjadi perjuangan DAP sejak dahulu lagi ketika menguasai kerajaan Pulau Pinang,” katanya di sini.

Baru-baru ini DAP dilaporkan bertegas mahu pilihan raya PBT diadakan dan mendesak perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilapor berkata, keutamaan bagi parti itu.

Malah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula memberitahu pihaknya tetap akan meneruskan kajian mengenai pilihan raya PBT.

Sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pilihan raya tersebut tidak akan diadakan. – HARAKAHDAILY 14/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9115-pilihan-raya-pbt-agenda-pecah-masyarakat