Kenyataan Media Penerangan. 245/116
25 Rabi’ul Awwal 1440 | 03 Disember 2018
: SIASAT SECARA TELUS, BUKAN BALAS DENDAM
oleh : Nasrudin bin Hassan_
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
1. Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengalu-alukan sebarang langkah untuk memperbetulkan dan membaiki Tabung Haji (TH) sebagai satu institusi penting umat Islam di negara ini.
2. Namun bagi setiap kesalahan, penyelewengan atau salah laku yang mempunyai bukti kukuh dan saksi perlulah dibawa ke muka pengadilan mengikut tatacara penyiasatan dan pendakwaan yang telus.
3. Kita tidak mahu ianya “dihukum” oleh orang ramai melalui persepsi dan olahan media massa serta kenyataan – kenyataan politik yang mengelirukan malah menambah buruk keadaan.
4. Justeru kaedah Islam dan pengadilannya, mana -mana pihak pun yang didakwa atau dituduh, tidaklah boleh dihukum bersalah sehingga jelas terbukti bahawa mereka bersalah melalui proses penghakiman yang adil dan telus.
5. Tentu sahaja semua pihak ternanti-nanti untuk melihat fakta dan bukti penyelewengan yang berlaku dalam TH.
6. Kami berharap pendedahan terhadap penyelewangan yang didakwa berlaku dalam TH kini, *bukan hanya sekadar satu lagi siri balas dendam* kerajaan PH terhadap kerajaan lama yang direka tanpa bukti yg kukuh.
7. Jangan pula ianya dibuat *hanya untuk mengalih perhatian rakyat* terutamanya masyarakat Islam dan Melayu daripada Himpunan Tolak ICERD yg akan di adakan pada hari sabtu ini.
8. Lebih malang lagi sekiranya ianya dibuat dengan niat yang tidak baik dan mempunyai agenda tertentu untuk meruntuhkan satu institusi Islam serta menghilangkan keyakinan umat Islam terutamanya pendeposit terhadap TH.
9. Salah tetap Salah. Tiada kompromi pada yang salah. Namun tentukan kesalahan itu melalui proses keadilan yang betul dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang diperjuangkan selama ini.
10. Demikian yang benar itu benar. Maka jangan runtuhkan kebenaran itu dengan fitnah dan tohmahan. Akhirnya rosak nilai sebuah kebenaran.
Islam Memimpin
Sekian.