Kenyataan Media Penerangan. 242/113
6 Rabi’ul Awwal 1440 | 14 November 2018
JANGAN MAIN API
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak meratifikasi ICERD dan ICCPR kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.
2. Ekoran penegasan Presiden PAS di Dewan Rakyat semalam, seluruh pimpinan dan ahli bersedia untuk memobilisasi rakyat membantah usaha ke arah meratifikasi konvensyen ini.
3. Tidak ada keperluan untuk meratifikasi kedua-dua konvensyen tersebut di negara ini. Bahkan, isu diskriminasi dan penghapusan etnik secara terancang lebih teruk berlaku di Palestin, Ughyur China dan Rakhine Myanmar.
4. Di Malaysia, semua rakyat tanpa mengira kaum mendapat layanan yang adil di sisi Perlembagaan.
5. Oleh itu, ICERD dan ICCPR adalah senjata yang digunakan untuk menjayakan kepentingan politik segelintir pihak yang tidak senang dengan status quo di Malaysia.
6. Mereka mahu menghapuskan kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan. Hak asasi manusia yang diperjuangkan tidak sesuai diterjemahkan di Malaysia yang dicintai ini.
7. PAS menyeru seluruh pimpinan dan ahli malah seluruh rakyat prihatin di negara ini agar bangkit melakukan bantahan terhadap usaha mengiktiraf ICERD selama mana tidak bercanggah dengan lunas undang-undang dan Syariat Islam.
8. PAS juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan yang menyatakan pendirian dengan jelas dan terang membantah konvensyen ini.
Islam Memimpin
Sekian