Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tsunami Hijau Membina Kesejahteraan Kedah Negeriku

1295
SHARE

1. Walau pun suhu politik tanahair kini semakin panas dan semakin menghampiri ke kemuncaknya, namun masing-masing masih berteka-teki, bilakah tarikh Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.


2. Walau bagaimana pun, samada mahu atau tidak, yang pastinya pembubaran  itu mesti dilakukan tidak  melepasi tempoh  sehingga 24 Jun 2018.


3. PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia menanti tarikh keramat berkenaan dan semestinya ‘Tsunami Hijau’ akan berlaku bersama peralihan undi rakyat kepada PAS menjelang PRU ke 14 nanti.


4. Tidak dinafikan rakyat secara umumnya inginkan perubahan terutama corak pentadbiran dan pemerintahan yang membawa kesejahteraan. Oleh itu antara bermungkinan yang boleh menyebabkan rakyat memilih PAS adalah kerana:


I.  Rakyat merasa kecewa dengan dasar-dasar  kerajaan yang dilihat gagal menjamin kesejahteraan rakyat menerusi pengenalan polisi cukai GST(6%), rasionalisasi petrol dan diesel serta kawalan harga barangan harian dimana akhirnya mempengaruhi kos sara hidup harian. 


II. Rakyat Kedah bijak membuat perbandingan di antara tawaran-tawaran yang berjaya disempurnakan oleh kerajaan dipimpin PAS ketika bersekutu di dalam  Pakatan Rakyat berbanding kerajaan pimpinan Barisan Nasional hari ini. 


Contohnya, pembinaan kampus Induk KUIN yang memakan belanja hanya RM330 juta, pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman, pengenalan Skim Kafalah yang mampu mengurangkan bebanan waris menguruskan jenazah tanpa mengira bangsa, agama dan status politik, pembinaan Menara SADA dan Aman Sentral yang dimulai dibina semasa pentadbiran Al-Marhum Tan Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak dan lain-lain program kemasyarakatan dan pendidikan. 


III. Konsistensi PAS menampilkan corak pendekatan politik matang yang berjaya menggamit rakyat pelbagai kaum berdampingan dengan PAS. 


IV. Program-program  PAS yang tampil menerusi entiti dibawahnya seperti aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan Jabatan Amal, muslimat dan pemuda.

Aktiviti pendidikan pra-sekolah contohnya PASTI.

Kelab Alternatif Riding club (ARC) untuk golongan muda yang meminati sukan permotoran dan lain-lain lagi. 


dan


V.  PAS menjadi pilihan apabila dianggap sebagai parti politik yang dapat meredakan kegusaran emosi rakyat. 


5.Justeru itu, PAS komited menantikan kehadiran sokongan rakyat dengan tangan terbuka melalui ‘Tsunami Hijau”.


6. Marilah bersama PAS melakukan perubahan dengan sama-sama membina kesejahteraan ‘Kedah Negeriku’ yang InsyaAllah menceria serta mensejahterakan rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama, bangsa dan status politik.


Terima Kasih.




DR AHMAD FAHRUDDIN FAKHRURAZI

PESURUHJAYA PAS KEDAH

24 JANUARI 2018