Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l Menjawab kenyataan PH Pahang bahawa PAS adalah ‘Spoiler’.

2172
SHARE

1. PAS cukup bersedia di semua 42 kerusi DUN di Pahang yang akan ditandingi. Kajian kami menunjukkan di hampir kesemua kawasan PAS punyai kekuatan asas paling minima 33% dan mutakhir ini sokongan dari pengundi muda sangat menggalakkkan.

2. PAS bersama GS bertanding sebagai sebuah kerajaan menunggu berbanding PH yang majoritinya disertai parti-parti serpihan yang baru setahun jagung ditubuhkan dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dalaman masing-masing yang pastinya mengakibatkan hubungan yang sangat bermasalah di dalam PH biarpun cuba ditutup dan dinafikan.

3. PAS punyai pengalaman mentadbir Kelantan yang terbukti unggul tanpa sebarang kecacatan rasuah dan salah guna kuasa di sepanjang pentadbirannya yang diasaskan dengan cemerlang oleh Almarhum TGNA berbanding PH yang pemimpinnya punyai sejarah buruk di sisi rakyat dikepalai Tun M dan DAP yang baru memasuki dua penggal memerintah Pulau Pinang namun terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

4. Keazaman PAS untuk mendirikan sebuah pemerintahan yang berasaskan Islam dengan kehidupan Sejahtera Bersama Islam adalah kekuatan yang mesti diterima rakyat bagi membetulkan sistem dan salah laku kerajaan semasa yang kelihatan tiada penghujungnya

5. PAS menentang UMNO-BN bermula kewujudan pilihanraya di Malaysia dengan keazaman untuk mengajak seluruh masyarakat dan rakyat kepada cara hidup Islam yang penuh berkasih sayang dan membangun progresif tanpa rasuah dan maksiat bagi kebaikan semua kaum. Hakikatnya PH lah yang menjadi spoiler semata-mata demi sebuah cita-cita politik dan impian yang tidak kesampaian tanpa halatuju dan dasar yang jelas.

6. Kewujudan PH juga dilihat sebagai ‘Spoiler’ dalam usaha PAS untuk mengislahkan Negara dan Masyarakat melalui sistem politik Islam, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan bersifat menentang dan juga cuba mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Tun Mahadir yang sejak dahulu mengeluarkan kenyataan yang sentiasa mengelirukan, DAP pula secara jelas menghalang pemerkasaan Mahkamah Syaria’ah melalui RUU 355, tepuk rentak mereka disambut pula dengan tarian meriah oleh PKR dan PAN.

7. Sikap sinis mereka terhadap Islam juga menimbulkan keresahan dan mencetuskan kemarahan umat Islam Malaysia sekaligus menimbulkan ketidak selesaan masyarakat lain samaada cina dan india kerana bukan semua cina dan India itu DAP, sebagaimana tidak semua Melayu itu UMNO dan PAS. Saya yakin masyarakat cina dan India juga memiliki naluri cintakan kedamaian dan pastinya tidak selesa dengan cara DAP dan yang sewaktu dengannya.

8. Jika diukur dengan kekuatan parti, PH lah yang paling ‘spoiler’ , jenteranya lemah, cawangan terlalu sedikit dan sebahagiannya hanya ada nama sahaja tapi ahlinya tiada, sedangkan faktor ini adalah faktor paling asas untuk mengukur kekuatan, ini menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya ‘spoiler’. Mereka tidak masuk pilihanraya dengan kekuatan yang selayaknya untuk menang, hanya untuk jadi pengacau sahaja khususnya untuk menghalang PAS dari menjatuhkan UMNO, ini menunjukkan bahawa PH adalah tongkat BN/UMNO sebenarnya.

9. PAS yakin rakyat yang sudah muak dengan UMNO juga tidak akan memilih parti yang kelihatan sama sikapnya dengan UMNO, sikapnya terhadap Islam dan palitannya dengan dakwaan rasuah, pemfitnah, diskriminasi terhadap rakyat dengan menyekat bantuan kepada wakil rakyat PAS cukup untuk menjelaskan bahawa “PH is the legacy of BN’s struggle”.

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang
YB ADUN Tanjung Lumpur