KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya menyambung tradisi menindas rakyat.
Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah.
Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat tidak serius menangani kos sara hidup.
Menurutnya, dasar yang diamalkan kerajaan lalu tidak lagi dilakukan perubahan oleh kerajaan PH.
“Janji-janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini cuma sebagai gula-gula untuk mengaburi mata rakyat, tetapi tiada apa yang dapat dilaksanakan.
“Perumpamaan terhadap nasib rakyat pada hari ini ialah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, sedangkan kita ada kemampuan untuk melakukan perubahan,” katanya di sini.
Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, polisi serta dasar yang dilaksanakan kerajaan PH sehingga hari ini tidak menjamin kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/7/2018