Home Berita PAS Kelantan

PH usah jejaki politik dendam BN

725
SHARE

KOTA BHARU: Malaysia baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengulangi sikap diskriminasi politik yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dendam politik itu menyebabkan banyak projek pembangunan disekat biar pun bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Lebih malang lagi petani yang menyokong PAS dinafikan mendapat baja subsidi cap dacing. Ia berlaku sejak awal 1990-an.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.negeri, Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan PH diharap tidak mengulangi taktik yang pernah digunakan kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, dendam politik yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi mangsa termasuk petani.

“Diskriminasi yang berlaku itu menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan sendiri baja bagi membantu petani,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2018