Kenyataan Media Penerangan. 196/67
22 Ramadhan 1439 / 07 Jun 2018
JANGAN MENGHINA.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
1. Menghina bukan akhlak Islam dan budaya orang timur.
2. Meskipun timbul rasa tidak puas hati terhadap SPB YDPA Sultan Muhammad ke V, ia tidak boleh menjadi tiket untuk menghina dan mengecam. Sementelah SPB YDPA adalah sebuah institusi yang menjadi payung negara.
3. Perbuatan menghina dan mengkritik secara keterlaluan itu bukan sahaja mencemar budaya ketimuran malah mencetus ketegangan dan mengganggu keharmonian masyarakat dalam negara ini.
4. Kita bimbang, ia adalah tindakan terancang untuk meruntuhkan institusi raja-raja melayu sekaligus bermaksud menghidupkan budaya anarkisme dan ekstrimisme sosialis dalam negara ini.
5. Gerakan pelampau mesti ditangani secara serius oleh pemerintah dan diharapkan masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi pekerti tidak terjebak dalam gerakan pelampau ini. Sederhana dalam semua perkara.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.