Home Berita PAS Kelantan

Pemimpin PH ada rekod masa lampau

783
SHARE

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui negara sekarang diingatkan, pemimpin utama parti itu ada rekod buruk ketika mentadbir negara sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pemimpin PH yang sekarang ada longgokan masalah sebelum ini.

“Kita kena pakat beringat pemimpin yang menerajui negara sekarang ada banyak masalah dahulu,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

PH mengambil alih teraju pentadbiran negara selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sejak merdeka.

Ekoran kejayaan itu Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun sepanjang 22 tahun menerajui negara tokoh terbabit berdepan pelbagai isu.

Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerajaan PH lebih baik daripada BN, benar-benar membawa harapan kepada rakyat.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, biar pun PAS kecundang di beberapa negeri namun benih perjuangan Islam masih ada di Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

“Hendak kata benih PAS di Pantai Barat tidak ada itu tidak betul kerana masih ada kerusi dimenangi PAS di Johor dan Selangor,” katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 18/5/2018