Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Makluman Iklan Palsu

2897
SHARE

MAKLUMAN IKLAN PALSU

Ada juga pihak bermain politik nakal membuat poster palsu atas nama saya kononnya akan diadakan lagi program agihan minyak motor percuma esok 4.5.2018 di Shell Bukit Tunggal.

Untuk makluman, selepas penamaan calon program sebegitu tidak boleh dilaksanakan lagi kerana boleh melanggar peraturan berkempen SPR.

Program sedemikian saya laksanakan sebelum penamaan calon sebanyak 4 kali di Shell Seberang Takir, Shell Bukit Tunggal, Shell Padang Air dan Petronas Tok Jiring. Program itu juga telah saya mulakan semasa menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus demi kebajikan rakyat pada Ramadhan 2016 dan Ramadhan 2017.

Meskipun begitu, saya mengambil positif dari apa yang berlaku bahawa ia menunjukkan program tersebut mendapat perhatian masyarakat.

Mohon DOA daripada seluruh rakyat Kuala Nerus agar PAS diberikan kemenangan pada PRU ke 14 untuk Parlimen Kuala Nerus dan di semua Dun di parlimen ini dan juga seluruh Malaysia agar kami dapat meneruskan lagi khidmat seumpama itu untuk masyarakat.

Ya ALLAH MENANGKANLAH PAS

Sekian
Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Takiri
Calon P035 Kuala Nerus

AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 3.5.2018