Ini Nasihat Tuan Guru Kepada Penjawat Kerajaan Sempena Hari Mengundi
Oleh: Nabihah Azman
Dalam negara demokrasi yang moden, semestinya mengamalkan demokrasi yang tidak mengongkong rakyat. Rakyat bebas dan berhak untuk menentukan siapa pemimpinnya.
Begitu juga pegawai kerajaan kerana mereka juga adalah rakyat. Rakyat tidak perlu rasa takut atau terikat dengan kerajaan kerana siapa yang menang akan menjadi kerajaan, tidak semestinya kerajaan yang memerintah sekarang akan menjadi kerajaan akan datang.
Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi, kita sebagai orang Islam, memilih pemimpin adalah satu amanah yang sangat besar.
“Kita menyaksikan ketika Nabi wafat, lebih daripada separuh para sahabat berbincang untuk memilih pemimpin seterusnya, dan hanya beberapa orang sahaja yang menguruskan jenazah nabi.”
“Menandakan bahawa memilih siapa yang menjadi pemimpin lebih utama berbanding menguruskan jenazah Nabi. Malangnya umat Islam tidak tahu kewajipan yang besar ini. ”
“Kalau Allah beri kita menang, kita tidak akan hukum orang yang tidak pilih kita. Apabila menang, semua rakyat adalah rakyat kita sama ada yang menyokong atau tidak,” tambah beliau lagi ketika ditanya setelah selesai solat Jumaat di Masjid Putrajaya.