Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Pendidikan Percuma Atasi Tekanan Kewangan Rakyat

1147
SHARE


Pendidikan Percuma Atasi Tekanan Kewangan Rakyat

Oleh: Muhamad Azri

Dalam satu Program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS dan Munajat PRU-14 yang berlangsung di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan memperkenalkan tawaran pendidikan secara percuma kepada rakyat.

Beliau menjelaskan lagi berkenaan cara pelaksanaan pendidikan percuma kepada hadirin yang hadir.

“Orang tanya bagaimana kita nak buat. Boleh buat. Di England mengamalkan negara kebajikan, ‘welfare state’.

“Belajar percuma di England, yang pernah dulu orang putih perintah kita sekolah percuma dulu,” ujar beliau.

Manifesto PAS yang telah dibentangkan sebelum ini antaranya menyebut berkenaan pelupusan hutang PTPTN sebagai langkah permulaan kepada pendidikan percuma.

Selain itu, beliau menjelaskan lagi bahawa duit bagi menampung pendidikan percuma akan diambil daripada cukai-cukai industri, korporat dan cukai terhadap orang kaya sebagaimana yang dipraktikkan di negara luar