Tangkak, 21 APRIL 2018 – Satu majlis perkahwinan dari Kelantan ke Johor hari ini memberi satu sejarah dimana rombongan pihak lelaki yang penuh dengan semangat pru-14 memeriahkan lagi majlis tersebut.
Penghulu-penghulu, Pemuda dan Muslimat Dun Demit yang datang khas dari kelantan memakai baju “Bangkit Pertahan” serta membawa bendera Pas memberi satu aura yang kuat apabila laungkan “Takbir” bergema di rumah pengantin perempuan.
Majlis Rombongan ini mendapat sambutan dari pihak perempuan yang sangat mengalu-alukan kedatangan gelombang hijau kelantan hari ini.
Majlis Perkahwinan anak YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Muhammad Ammar telah disatukan dengan pilihan hatinya Nur Khairina binti Othman pada 20 April 2018, semalam dirumah beliau.
Turut sama hadir dalam majlis ini YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang berkesempatan ikut sama dalam rombongan kerana terdapat program di johor hari ini. Tidak ketinggalan YB Hjh Wan Ubaidah Wan Omar, Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan turut sama hadir.
Barakallahulakuma buat pasangan mempelai, semoga sakinah mawaddah warahmah menyirami rumah tangga yang terbina sehingga ke syurga abadi.